Wednesday, September 9, 2009
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.
MUHARRAM
- Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
- Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
- Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
- Tabiatnya buruk.
- Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
- lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
- Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
- Perwatakannya baik.
- Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
- Dalam pekerjaan ramai yang suka.
- Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
- Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
- Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
- Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
- Ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
- Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
- Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
- Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
- Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
- Berbagai kepandaian ada padanya.
- Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
- Semasa kecilnya, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
- Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
- lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.
- Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimana pun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN
- Perwatakannya baik.
- Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
- Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
- Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
- Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
- Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
- Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
- Dia tidak suka menonjolkan diriya.
- Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
- Perwatakannya keras.
- Hatinya keras.
- Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
- Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
- Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
- Perwatakannya pendiam.
- Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
- Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
- Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
ZULHIJJAH
- Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
- Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
- Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
- Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
- Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
Untuk mengetahui tarikh lahir anda dalam kalendar Islam Hijrah, klik untuk download
Kat bawah ni aku punye :
0 Komen Pedas:
Post a Comment